Tuesday, February 25, 2014

Anak Ayah Anak Ibu

AZAB DAN DOSA DERHAKA KEPADA IBU BAPA:
1. MENJADI GOLONGAN ORANG KAFIR: “Jangan membenci kedua ibu bapamu. Barang siapa mengabaikan kedua ibu bapa, maka dia kafir” (H.R. Muslim).2. HARAM MASUK DAN MENCIUM AROMA SYURGA: “Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua ibu bapa yang tua, dan seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya, merelakan isteri dan anak perempuan mendedah aurat)"[H.R Nasa’i & Ahmad]. “Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinnya barang siapa yang derhaka dan memutuskan silaturahim”(H.R.Thabrani).
3. ALLAH SWT TIDAK AKAN MENERIMA SOLATNYA: “Allah tidak akan menerima solat orang dibenci kedua ibu bapanya yang tidak menganiaya kepadanya”. (H.R Abu Al-Hasan bin Makruf). "Ada tiga golongan yang Allah tidak menerima (amal kebajikannya) dari yang sunnah mahupun yang fardhu, iaitu derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya, dan orang yang mendustakan takdir”. (H.R. Thabrani). 4. DIBENCI DAN DIMURKAI OLEH ALLAH SWT. “Barang siapa redha kepada kedua ibu bapanya, bererti dia redha kepada Allah. Dan barang siapa membenci kedua ibu bapa, sungguh dia membenci Allah”. (H.R. Ibnu An-Najjar).“Keredhaan Allah tergantung keredhaan ibu bapa, dan murka Allah pun tergantung pada murka kedua ibu bapa” (H.R. al-Hakim).
5. TIDAK AKAN DIAMPUNI DOSA-DOSANYA: Dari Aisyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w Bersabda, “Dikatakan kepada orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa, “Berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku tidak akan mengampuni. “Dan dikatakan kepada orang yang berbakti kepada orang tua, perbuatlah sekehendakmu sesungguhnya Aku mengampunimu.”(H.R. Abu Nu’aim). 6. TERHAPUSNYA SEMUA AMAL: “Ada tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, iaitu syirik kepada Allah derhaka kepada orang tua,seorang alim yang dipermainkan oleh orang dungu dan jahil” (H.R. Thabrani).
7. TERPUTUS REZEKINYA: “Apabila seseorang tidak meninggalkan doa bagi kedua ibu bapanya, maka akan terputus rezekinya”. (H.R. ad-Dailamy) Orang yang Tidak mendoakan kedua ibu bapanya, itu termasuk orang yang derhaka pada orang tuanya.8. MENDAPAT KERUGIAN BESAR: “Sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina orang yang mendapati atau salah satunnya sampai tua, lantas ia tidak dapat masuk syurga”. (H.R Muslim).
Janganlah kita menjadi anak yang derhaka dan mendapat laknat dari Allah SWT. Naudzubillah.

No comments:

Post a Comment