Monday, February 24, 2014

Jika ingin melakukan maksiat

serenemaklong.blogspot.com
Ibrahim Adham didatangi seorang hamba Allah yang ada keinginan melakukan maksiat, memohon nasihat. Lalu hamba Allah itu diberitahu, syarat sebelum melakukan maksiat, Lima syarat perlu di selesaikan dahulu. Pertama, ketika kamu mendapat rezeki dari Allah, jangan terima rezeki Allah itu carilah rezeki yang lain, bolehkah kamu mendapat rezeki yang lain selain dari Allah? Kedua, sekiranya kamu mahu melakukan maksiat, carilah dunia lain selain dari dunia yang menjadi tempat tinggalmu sekarang, bolehkah kamu mencari dunia yang lain? Ketiga, sekiranya kamu mahu terus melakukan maksiat, mohonlah tangguh pada malaikat maut ketika malaikat maut datang mencabut nyawa ketika saat kematian telah sampai, bolehkah kamu mohon tangguhkan kematian? Keempat, jika terus mahu melakukan maksiat, mintalah malaikat mungkar nangkir tidak menyoal kamu dalam kubur. Kelima, jika masih mahu melakukan maksiat, minta malaikat Zabaniah yang menjaga pintu Neraka jangan mengiringi kamu dan mencampakkan kamu ke dalam Neraka. Sekiranya lima syarat ini satu pun kamu tidak dapat lakukan, maka kamu tiada pilihan lain melainkan memohon ampun pada Allah dan berazamlah untuk tidak melakukan maksiat dan sebaliknya lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan. Itu sahaja pilihan yang ada untuk kamu selamat dari azab Allah. Lalu hamba Allah itu memohon ampun pada Allah dan segera berubah menjadi Hamba Allah yang taat.

No comments:

Post a Comment