Tuesday, February 25, 2014
3 Utusan Malaikat Maut
serenemaklong.blogspot.com
Diceritakan dalam Kitab Zahrir Riyadh bahawa Nabi Yaqub a.s bersahabat dengan Malaikat Maut.Pada suatu hari Malaikat Maut datang kepada Nabi Yaqub. Nabi Yaqub bertanya,"Wahai Malaikat Maut, engkau datang untuk mencabut nyawaku ataupun untuk berziarah?" Jawab Malaikat Maut,"Untuk menziarahimu". Nabi Yaqub berkata,"Aku ada satu permintaan kepadamu.Bila ajalku sudah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, beritahulah aku terlebih dahulu.". Malaikat Maut menjawab,"Baiklah, aku akan mengutuskan kepadamu dua atau tiga utusan".
Suatu hari Malaikat Maut datang kepada Nabi Yaqub. "Engkau datang untuk mencabut nyawaku atau menziarahi aku?", Jawab Malaikat Maut,"Aku datang untuk mencabut nyawamu". Nabi Yaqub terkejut dan berkata,"Bukankah engkau berjanji akan menghantar kepadaku dua atau tiga utusan terlebih dahulu? Jawab Malaikat Maut,"Benar dan aku telah melakukannya.Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan bongkoknya tubuhmu setelah tegap. Itulah utusanku, wahai Yaqub kepada manusia sebelum dia mati".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment