Wednesday, February 12, 2014
Penawar Demam Denggi
Ekstrak daun betik sesuai untuk meningkatkan kandungan platlet dalam darah bagi pesakit denggi. Resepinya sangat mudah.
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua). Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja. Basuh daun hingga bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Jangan didihkan/larutkan jus itu dengan air. Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali minum jus yang baru dibuat sahaja. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar.
Selain daun betik, daun pegaga juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama dalam mengubati penyakit denggi. Jadi sekiranya susah untuk mendapatkan daun betik, bolehlah cuba dengan daun pegaga dengan kaedah yang diterangkan di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment