Tuesday, February 4, 2014
Hanya Seorang Ibu Yang Tahu
serenemaklong.blogspot.com
...Bagaimana rasanya berlapar tetapi masih mendahulukan melayan dan memberi makan suami, anak-anak, kawan anak dan kucing peliharaan anak ..Bagaimana letihnya rasa bila lewat malam tetapi masih berjaga menyelesaikan mendobi pakaian kerana anak atau suami perlu memakainya esok pagi ..Bagaimana gembiranya setelah lama dapat mengumpul sejumlah wang untuk membeli sesuatu peralatan yang telah lama diidamkan tetapi dengan lapang dada diberikan wang tadi kepada anak atau suami yang dilihat lebih memerlukan ..Bagaimana masih tetap bahagia berjalan makan angin membawa anak-anak walaupun keletihan mengemas pakaian dan menyediakan bekalan makanan. Kemudian setelah pulang terpaksa pula menghadapi pakaian kotor yang menggunung ..Bagaimana tatkala duduk berehat setelah bertungkus lumus menguruskan rumah dan anak-anak sambil mula memakan coklat atau kek kegemaran dan anak datang sambil terliur melihat manisan tadi, lalu sambil tersenyum dengan penuh kasih diberikan semua itu kepadanya ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment