Friday, February 28, 2014

Niat Mahu Jadi Baik

serenemaklong.blogspot.com
Seorang anak kecil mengambil sebatang penyapu untuk membantu mengemaskan rumah. Tiba-tiba "Pangggg!!! Rupa-rupanya dia terlanggar mangkuk di atas meja. Itu bukan sebarang mangkuk, limited edition yang dibeli oleh ibunya semasa bercuti di United Kingdom.10 tahun si ibu menunggu peluang untuk mendapatkan mangkuk tersebut.Kini ia telah pecah berderai. Ibu begitu marah! Namun dia mendiamkan diri sambil mengemas serpihan mangkuk kegemarannya. Tiba-tiba si ibu terfikir, mungkin 10 tahun masa yang diperlukan untuk mendapatkan mangkuk tersebut. Tetapi apakah nilainya berbanding mendapat anak yang soleh? Si ibu bertanya, "Adik nak buat apa tadi?" Jawab si anak, "Adik cuma nak tolong ibu. Maafkan adik, ibu. Adik tak sengaja" Si ibu memuji niatnya yang baik. Dia hanya berpesan, "Lain kali hati-hati, ya."
ORANG YANG INGIN MENJADI BAIK MEMANG SERING KALI MELAKUKAN KESILAPAN. ITULAH FITRAHNYA. TETAPI TIDAK SEMUA ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN ITU HATINYA BERNIAT MAHU MENJADI BAIK. Cukuplah ada hati "mahu menjadi baik" dalam diri seseorang. Kesalahan itu boleh diperbaiki kemudian. Itu lebih afdal daripada kita mendapat seorang yang hatinya "tidak mahu menjadi baik".
ITULAH AKHLAK NABI S.A.W. KETIKA MELIHAT KESALAHAN SESEORANG. Ini boleh lihat melalui peristiwa di mana seorang Arab Badwi yang lalu dan kencing di Masjid. Nabi tidak marah pelaku kesalahan. Nabi hanya menegur perbuatan itu dengan penuh berhemah. Itulah contoh tauladan sepanjang zaman. Bersangka baik perlu juga seiring dengan usaha untuk memahami dengan baik dan tindakan memperbaikkan.
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah] Jangan lihat pada kesalahan seseorang, tetapi lihatlah pada hatinya yang sentiasa ingin memperbaiki dirinya. Semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh-Nya. Juga dikurniakan keluarga dan keturunan yang soleh /solehah. [Aldzham Kamil]

No comments:

Post a Comment