Thursday, February 27, 2014

Nasihat Buat Beringat

serenemaklong.blogspot.com
Apabila melihat orang jahil, mereka mungkin lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. (Imam Al-Ghazali).
Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 4 perkara: 1. Kurangkan tidur 2. Kurangkan makan 3. Kurangkan bercakap 4. Berpada-pada dengan rezeki yang ada (Imam As-Syafie)
Orang riyak cuba menipu Allah dan manusia lain dengan kebaikannya tetapi sebenarnya dia menipu dirinya sendiri. Semoga Allah memelihara kita daripada tergolong dalam kalangan orang yang mempamerkan kebaikan demi meraih pujian. Semoga kita menjadi hamba yang melakukan kebaikan demi mencari redha-Nya.
Di akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia bertanya, “Wahai Tuhanku, dari mana datangnya kebaikan yang banyak ini sedangkan aku tidak pernah melakukannya?” Maka Allah menjawab, “Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.” (As Syahid Imam Hassan Al-Banna).

No comments:

Post a Comment