Tuesday, February 11, 2014
Tak Kena Mengena - Jangan Sibuklah
Cuba fikir, apabila ada kawan atau individu terkenal ada MASALAH rumahtangga, bercerai contohnya. Kawan dan individu itu TAK cerita pun kepada kita tapi TERINGINKAH kita untuk tahu lebih terperinci kisahnya?..Nak tahu sebab apa?, Kenapa?, Apa punca?, Kecurangan ke? Mandul ke? Tak kasihan ke? Dah cuba begini begitu dll.
Untuk apa tahu lebih terperinci?,..SAJA nak tahu dan sedap untuk tahu...mungkin?. TETAPI beralasan 'NAK TOLONG', kononnya, padahal tidak dipinta pun. Inilah satu jenis nafsu jahat yang Islam ajar kita KEKANG. Sabda Nabi "Dari antara sifat termulia seorang Muslim, adalah MENINGGALKAN apa yang TIADA KAITAN dengan dirinya".
Justeru, bermujahadah (lawan nafsu) ketika suka dengar kisah-kisah DERITA DAN BURUK orang yang kita TIADA PERANAN dan URUSAN untuk terlibat dengannya. Kisah rumahtangga orang, keadaan masalah kerjaya orang, pelbagai jenis masalah orang lain termasuk artis dan 'public figure' YANG TIADA KENA MENGENA dengan kita.
KENAPA LARANG?? Kerana sejurus kita buka peluang mendengar dan bercerita, jadilah MENGUMPAT, kemudian akan timbul andaian punca begitu begini lalu jadilah ia SANGKA BURUK dan ia berdosa. Selepas itu, jadi pula bila makin hangat, ia tersebar dan jadilah pula FITNAH ( atau Buhtan di dalam bahasa arab).
Jika benar nak tolong, boleh terus tawarkan pertolongan meringankan kesukaran TANPA perlu mengorek 'cerita' tersebut.
[Nasihat Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment