Thursday, February 6, 2014

10 Pintu Syaitan

Syaitan menguasai manusia melalui 10 pintu: 1. SIFAT BOHONG DAN ANGKUH. Dua sifat ini mudah disemai dan subur dalam diri manusia,berpunca dari perasaan EGO. Manusia mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 2. BAKHIL DAN KEDEKUT. Setiap harta dan kemewahan adalah kurniaan Allah. Ia harus dibelanjakan ke jalan yang hak melalui kewajipan zakat dan sedekah. Namun amat sukar dilaksanakan. 3. TAKBUR DAN BONGKAK. Pemilik sifat ini merasakan dia memiliki segala-galanya dalam hidup ini.Mereka lupa kesenangan dan kenikmatan boleh ditarik Allah bila-bila masa. "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur (Surah an-Nahl ayat 23).
4.KHIANAT. Pelaku bersifat begini merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, sama ada berbentuk kebendaan atau kerohanian, dan tidak pula mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 5.TIDAK SUKAKAN ILMU DAN NASIHAT. Rasulullah s.a.w. menasihati para sahabat agar menjauhi golongan manusia bersikap seperti ini yang dibenci oleh Allah. 6.HASAD DENGKI. Perasaan ini selalu diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Pesan baginda s.a.w., "Hindarilah kamu dari sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu, sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Muslim).
7. MEREMEHKAN ORANG LAIN. Merasakan diri cukup sempurna, orang begini menganggap orang lain terlalu kecil dan kerdil dibandingkan dengan apa yang dia miliki.Sabda Rasulullah s.a.w., "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (HR Muslim). 8. BURUK SANGKA. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam.Baginda s.a.w. bersabda, "Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya telah rosak dirinya." (HR Muslim). 9. BERANGAN-ANGAN. Orang ini mempunyai impian tinggi menggunung tetapi malas berusaha untuk memperolehinya. Islam sukakan umatnya yang berusaha, bukan yang malas. 10. UJUB DAN BANGGA DIRI. Sifat buruk ini menyubur dalam orang yang merasakan dirinya lebih hebat daripada orang lain.
FIRMAN ALLAH: "(SYAITAN ITU) MEMBERIKAN JANJI-JANJI KEPADA MEREKA, DAN MEMBANGKITKAN ANGAN-ANGAN KOSONG KEPADA MEREKA, PADAHAL SYAITAN ITU HANYA MENJANJIKAN TIPU DAYA KEPADA MEREKA. MEREKA YANG TERTIPU ITU TEMPATNYA DI DALAM NERAKA JAHANAM, DAN MEREKA TIDAK ADA TEMPAT LAIN UNTUK LARI DARINYA." (Surah An-Nisa ayat 120-121)

No comments:

Post a Comment