Thursday, February 6, 2014
Matematik Iman - 1 Nisbah 1000
serenemaklong.blogspot.com
KISAH BENAR 1:
Suatu hari, Ahmad (bukan nama sebenar), seorang kontraktor yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di utara tanah air singgah solat di sebuah masjid. Selepas solat dia berehat sebentar di ruang belakang masjid di mana dia melihat anak-anak kecil leka belajar mengaji al-Quran. Daripada pakaian yang kusam dapat diagak mereka daripada keluarga yang susah. Apa yang kaya pada mereka hanyalah kesungguhan dan nur iman yang ada pada wajah. Semua itu meruntun simpati Ahmad. Tiba waktu rehat, anak-anak tersebut keluar meluru ke gerai kecil di luar msjid. Ahmad pun turut ke sana.
“Ambillah…petang ini pakcik belanja,” ucap Ahmad itu separuh berteriak kepada anak-anak yang berkerumun di gerai. Tidak payah menunggu lama, pelawaan itu cukup menjadikan petang itu begitu bermakna. Mereka makan sepuas hati. Al maklum makan percuma.
“Encik, semua sekali RM34.70,” kata peniaga gerai mengira harga makanan. Ahmad pun menyerahkan jumlah wang tersebut dan kemudian meneruskan perjalanannya, sementara kanak-kanak tadi kembali menyambung mengaji.
Selang beberapa minggu, Ahmad menerima berita yang membuatnya terkedu. Dia berjaya mendapat satu projek bernilai RM347,000.00. Hatinya menangis kerana Allah Yang Maha Pemurah membalas RM34.70 yang dikeluarkan dari dompetnya dengan projek RM347,000.00 sederas angin kencang! SubhanAllah...
KISAH BENAR 2:
Dengan berdikit-dikit, Muhammad (bukan nama sebenar)berjaya menabung RM19,000 di dalam akaunnya dengan harapan simpanan itu nanti dapat menjadi persediaan bagi sebarang kemungkinan dalam dunia perniagaannya.
Suatu hari, pihak surau di taman perumahannya berhadapan masalah kewangan bagi membaikpulih tempat ibadah. Menjelang Ramadan yang bakal menjelang tempat itu pasti akan meriah dengan pelbagai aktiviti ibadah.
Hasil mesyuarat memutuskan anggaran kos pembaikan surau mencecah RM19,000.00. Dari mana mahu mendapat wang sebanyak itu dalam tempoh yang segera? Masalah yang menjadi beban AJK surau itu turut difikirkan oleh Muhammad yang sedang merancang-rancang pembesaran perniagaan dengan wang simpanannya. Jiwanya bergelut hebat: mahu bersedekah atau memikirkan bajet penambahbaikan perniagaannya. Setelah membuat pertimbangan, simpanan RM19,000.00 dikeluarkan daripada akaun dan diserahkan sebagai sedekah kepada surau.
Berkat sumbangan itu, jemaah dapat menunaikan solat terawih dengan selesa. Selang beberapa bulan, dia terkejut besar kerana syarikatnya telah berjaya memenangi tender terbuka bernilai RM19 juta! Itulah habuan penuh berkat yang Allah kurniakan kepadanya. Di dunia sudah mendapat pahala, di akhirat nanti sudah pasti jumlahnya lebih besar lagi.
[Q&A #04]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment