Wednesday, February 26, 2014
Bunga Kemboja
serenemaklong.blogspot.com
Nama lain untuk bunga kemboja ialah frangipani. Ia merupakan nama seorang keluarga bangsawan Itali, Marquis Frangipani pada abad ke-16 yang mencipta minyak wangi berbau kemboja.
Tanaman ini akhirnya tersebar ke merata kawasan tropika termasuk Mexico, Amerika Tengah, Colombia dan Venezuela. Di kepulauan Pasifik seperti Tahiti, Fiji, Samoa, Hawaii, New Zealand, Tonga dan Pulau Cook, bunga kemboja dihasilkan untuk membuat kalungan bunga.
Dalam budaya Polynesia moden, bunga kemboja dipakai untuk menentukan status seseorang wanita. Jika bunga itu diselitkan di telinga kanan, ini bermakna wanita itu mencari pasangan manakala jika dipakai di telinga kiri bermakna dia sudah berpunya.
Bagaimanapun, bunga kemboja sukar ditemui di China, justeru ia lebih berharga daripada orkid di sana. Lantas, apabila seseorang itu diberikan bunga kemboja, ia umpama menyatakan rasa hati pemberi yang menganggap penerima cukup istimewa.
Terdapat lebih 300 bunga kemboja yang memiliki pelbagai warna menarik seperti putih, kuning, merah dan oren. Setiap spesies bunga kemboja memiliki beberapa ciri berbeza. Gandingan warna dan taburan corak menjadi tarikan utama tumbuhan berkenaan. Ia tanaman yang unik dari segi bentuk daun, saiz pokok dan bau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment