Saturday, February 1, 2014
Umat Islam Gred AAA
Orang Melayu yang mengaku beragama Islam patut mempelajari ilmu tauhid yang jelas dan lengkap dengan dalil naqli dan aqli, seiring dengan ilmu profesional keduniaan.Jika belajar tauhid secara ikut-ikutan yang rapuh dan goyah, ia mudah dikalahkan oleh godaan nafsu. Petanda orang Melayu menghadapi masalah tauhid ialah apabila percakaran sesama sendiri semakin dahsyat, peningkatan gejala sosial, jenayah, pecah amanah, rasuah dan segala macam kemungkaran yang begitu membimbangkan. Setinggi mana pun pencapaian duniawi, hakikatnya ia hanya meninggikan tempat jatuh, sekiranya tauhid kekal rapuh dan diabaikan manakala racun-racun rohani terus tersebar luas!
Umat Islam akan kuat seperti cendekiawan zaman Rasulullah s.a.w. jika pelajaran teknikal masa kini turut diiringi dengan ilmu al-Quran dan hadis yang kemudiannya diamalkan dalam hidup seharian. Dengan ini pasti lahir doktor, jurutera, hakim, pensyarah, pakar kewangan, guru, saintis, wartawan, pembuat filem, ahli politik dan sebagainya yang berwibawa dan berakhlak. Ini baru dikatakan umat Islam Gred AAA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment