Wednesday, April 17, 2013

Usah Sedih Bila Berisi

serenemaklong.blogspot.com




Isteri:
Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?

Suami:
Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi.

Dari hadis yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu badan beliau sudah berisi.

Nampakkah hikmahnya?

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi di sebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlak seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlak yang cantik namun akhlak yang indah In sya Allah akan membiaskan nur di wajah isteri.

Tidak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.

 

No comments:

Post a Comment