Thursday, April 18, 2013
Hati Manusia Di Sisi Allah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud :

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang
apa yang dilakukannya - Surah al-Israa
ayat 36.
Hati ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Ia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika ia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir.
Setiap muslim perlu berusaha meluruskan hati mereka daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti. Hati yang hidup menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak
tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
(sejahtera) - Surah
as-Suy'araa ayat 88-89.
Hati yang bersih itu adalah hati yang selamat daripada syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.
Kini mari kita kenali pula ciri-ciri hati yang rosak.
Terdapat 10 tanda iaitu:
1. Tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat

Daripada Ibnu
Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang
dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia
(sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang
keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas
hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya
ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang -
Hadis Riwayat Bukhari.
2. Tidak mahu bertaubat apabila melakukan kesalahan

Orang yang telah
rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT. Nabi SAW bersabda yang
bermaksud: Wahai manusia! Bertaubatlah
kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100
kali - Hadis Riwayat Muslim.
3. Seronok bergelumang dalam dosa
3. Seronok bergelumang dalam dosa
Orang kafir seronok
melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka memburu harta dunia siang dan malam,
berhibur dengan muzik, menonton filem, minum arak, berjudi, memiliki
wanita-wanita cantik, dan makan-minum apa saja yang mereka suka dan memuaskan
hawa nafsu mereka sepenuhnya. Itu adalah
syurga untuk mereka.
Sekiranya umat
Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti
syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah
SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya: Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir - Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' – 3412.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya

Orang mukmin
sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya .
Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tidak akan memperdulikan perintah
Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan
maksiat.
Firman Allah SWT maksudnya: Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan - Surah Asy-Syuaara ayat 151-152.
5. Bencikan kebenaran dan cuba menghalangnya

Sifat orang munafik
suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan
menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati
golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakan hati mereka. Nanti di
akhirat mereka akan dihumban ke neraka.
Firman Allah SWT
maksudnya: Mereka (orang munafik)
menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang
(manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka
kerjakan - Surah al-Munafiqun ayat 2.
6. Bencikan orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan

Sesiapa yang
membenci orang soleh sebenarnya dia menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah
SWT dan mendatangkan kemurkaanNya.
Nabi SAW mahu kita bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasihati kita.
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok -Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama

Pertengkaran yang
tidak berfaedah akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim.
Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan
kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga?” Para sahabat menjawab, "Ya". Baginda bersabda,"Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong” (mustakbir) - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasai keseronokannya

Rasuah berpunca
daripada nafsu besar, tamak haloba, mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan
cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan. Orang yang suka
mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT.
Sabda Rasulullah
SAW. maksudnya: Pemberi rasuah dan
penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka - Hadis Riwayat at-Tabrani.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya -Surah Al- Baqarah ayat 278-279.
9. Takut kepada orang gagah, tetapi tidak takut kepada Allah

Hati yang rosak
lebih takut kepada manusia, jin dan syaitan berbanding kepada Allah SWT. Orang
mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak
boleh mendatangkan mudarat melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah SWT
maksudnya : Jika Allah menyentuhkan
kemudharatan bagimu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah. Jika
Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya. Allah
memberikan kepada siapa saja di antara hamba yang Dia kehendaki. Dialah Allah
Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang - Surah Yunus ayat 107.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar
Inilah sifat asas orang fasik dan hati yang rosak. Allah SWT berfirman: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah - Surah Ali-Imran, ayat 110.
Jagalah hati supaya sentiasa sihat, sejahtera. Banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment