SEBELUM
seorang profesor di sebuah universiti memberikan ujian akhir kepada siswanya,
dia menawarkan mereka sesuatu yang
istimewa.
Dia berkata, “Siapa yang mahu pangkat C secara automatik untuk ujian ini, sila angkat tangan. Awak tak payah ambil ujian. Saya akan terus berikannya pada awak.”

Satu tangan
diangkat. Kemudian yang lain pula mengikut sehingga separuh dari siswa memilih untuk tidak menduduki ujian. Setelah
diberikan pangkat C secara automatik, mereka pun pulang dengan gembira.
Profesor itu kemudian memberikan kertas ujian kepada siswa yang masih tinggal di kelas. Dia meletakkan kertas-kertas itu di meja dan meminta mereka supaya tidak membalikkannya sebelum diarahkan. Dia mengucapkan selamat kepada mereka kerana tidak mahu menerima gred yang biasa-biasa. Mereka mahukan yang luar biasa dalam hidup ini.
Kemudian profesor mengarahkan mereka mula menjawab soalan. Bila kertas ujian dibalikkan, yang siswa-siswa itu lihat hanya kalimah singkat berbunyi: “Selamat. Awak baru saja mendapat pangkat A.”
Sahabatku, kita sering mengambil jalan pintas yang mudah dan menerima keadaan yang biasa-biasa, sedangkan kita sepatutnya cuba membangunkan potensi diri.
Kita rasa pangkat C tidaklah begitu buruk dan mudah pula diperolehi. Hidup yang biasa-biasa sahaja tanpa mengeluarkan potensi maksimum merupakan suatu penghinaan kepada ALLAH yang telah menciptakan manusia sebagai karyaNya dan memberikan kemampuan yang luar biasa dalam diri masing-masing.
Tetaplah bersemangat!
Teruslah berkembang!
Teruslah belajar!
Jom, buat yang terbaik untuk apapun yang sedang menjadi tanggung jawab kita ketika ini!

No comments:
Post a Comment