Tuesday, April 16, 2013

Saya Lebih Baik Daripada Awak

serenemaklong.blogspot.com


NALURI manusia suka bertanding dan bersaing. Melalui pertandingan dan persaingan manusia memperbaiki diri dan bertambah maju.
 
Yang menjadi masalah ialah bila merasa diri lebih baik dan hebat lalu mula memandang rendah kepada orang lain. Sepatutnya orang lain itu dibantu supaya  menjadi hebat juga. Sebenarnya manusia tidak sehebat mana kerana yang menjadikan manusia sedemikian adalah Allah jua. 

Kita semua tahu bahawa Iblis yang bongkak mengatakan dia lebih baik daripada Adam akhirnya menerima kutukan Allah dan berakhir di neraka jahanam. 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidak termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalang yang menyekat kamu daripada sujud ketika Aku memerintahkan kamu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) menjadikan aku dari api sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari
golongan yang hina". (7:11-13)

Oleh itu berhati-hati supaya kita tidak mengikut jejak Iblis dan menjadi golongan yang sombong.

No comments:

Post a Comment