WANG kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah ketika di bank dan beredar dalam masyarakat.
Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:
Wang RM100:
Kenapa
badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?
RM1:
RM1:
Sebaik
saja aku keluar dari bank, aku terus beredar ke tangan orang bawahan - daripada
buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis.
Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?
RM100:
Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?
RM100:
Kerana
sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan aku
beredar pun hanya di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel
berbintang. Keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet.
RM1:
RM1:
Pernahkah
engkau berada di tempat ibadah?
RM100:
RM100:
Belum
pernah.
RM1:
RM1:
Walaupun
aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan
anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada
Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai satu nilai, tetapi sebagai satu manfaat.
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
MORAL CERITA:
Bukan jumlah pendapatan yang dikira tetapi berapa banyak manfaat hasil pendapatan itu yang diguna ke ke arah kebaikan. Kekayaan bukan untuk dibangga-banggakan.

No comments:
Post a Comment