Sunday, April 7, 2013

Hadiah Untuknya Hanya Ibu

serenemaklong.blogspot.com


 

INI adalah kisah seorang kanak-kanak di China bernama Zhang Da. Anak ini terpaksa menanggung beban hidup yang berat ketika usia masih sangat muda.

Tahun 2001, ketika usianya menjelang 10 tahun, ibu Zhang Da lari dari rumah kerana tidak tahan hidup dalam kemiskinan, tidak sanggup lagi  menguruskan suaminya yang lumpuh, juga tidak mahu mencari nafkah untuk keluarga.

Maka tinggallah Zhang Da hanya berdua dengan ayahnya. Dia terpaksa mengambilalih semua kerja -  mencari nafkah, membeli makanan dan memasak, memandikan dan mengubati si ayah, mencuci pakaian, dan sebagainya.

Pun begitu dia tidak mahu ponteng sekolah. Selepas  menguruskan keperluan ayahnya, dia berjalan kaki ke sekolah dengan meredah hutan kecil kerana ingin  mencari ilmu.

Ketika dalam perjalanan, dia makan apa sahaja yang boleh mengenyangkan perut - rumput, dedaunan, dan cendawan, semata-mata kerana mahu berjimat. Pun begitu tidak semua boleh dijadikan bahan makanan. Dia memeriksa dahulu makanan itu  berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan terasa tidak sesuai dengan lidahnya, tanaman itu ditinggalkan dan beralih ke tanaman yang lain.

Habis sahaja sekolah, Zhang Da bekerja mengambil upah sebagai tukang batu demi menyara mereka berdua,membeli buku sekolah serta membeli ubat untuk si ayah.

Zhang Da memang cerdas. Dia tahu ayahnya bukan sahaja memerlukan ubat yang harus diminum tetapi juga ubat suntikan. Kerana tidak mampu membawa  ayah ke hospital atau ke klinik berdekatan, Zhang Da belajar cara menyuntik melalui buku.  Dia membeli jarum suntikan dan ubat lalu menyuntikkannya secara rutin kepada si ayah.

Zhang Da merawat ayahnya secara berterusan sehingga 5 tahun. Rupa-rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang itu menarik perhatian pemerintahan setempat.

Pada Januari 2006 pemerintah China memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh berinspirasi nasional. Daripada 10 nama pemenang, satu di antaranya terselit nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi pemenang termuda.

Majlis itu disiarkan siaran langsung oleh stesen televisyen nasional.  Zhang Da diminta tampil ke hadapan pentas. Pengacara mengajukan soalan mengapa dia berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak?

Zhang Da menjawab, "Hidup mesti diteruskan. Tak  boleh menyerah kalah, tak boleh buat jahat dan mesti hidup dengan penuh tanggungjawab."

Jawapan itu disambut tepukan gemuruh oleh penonton.

Pengacara bertanya lagi, “Zhang Da, cakap saja apa yang kamu mahu, hendak bersekolah di mana,  berapa wang yang kamu perlukan untuk belajar hingga tamat. Di sini ada ramai pengusaha dan orang terkenal yang hadir. Dan pada saat ini juga, ada ratusan juta orang yang sedang menonton kamu melalui televisyen. Mereka mampu membantu kamu," jelas pengacara tersebut.

Zhang Da yang ketika itu sudah berusia 15 tahun terdiam sebentar. Kemudian dengan suara terketar dan terharu dia menjawab, "Saya mahu Mama balik ke rumah kami. Mama, baliklah!! Saya boleh jaga Papa, saya juga boleh cari makan sendiri. Mama, baliklah!!!   

Penonton rata-rata merasa sungguh terharu sehingga menitiskan air mata. Zhang Da tidak memerlukan  apa-apa hadiah atas ketulusannya berbakti kepada orang tua, walaupun saat itu semua yang hadir boleh membantu. Zhang Da hanya inginkan kasih sayang seorang ibu. 
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment