Azab Allah Paling Pedih
serenemaklong.blogspot.com
PADA zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia. Ketika sedang disolatkan, tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila dibuka kain kafan itu terlihat seekor ular sedang membelit leher mayat, memakan daging dan menghisap darah mayat.
Mereka cuba membunuh ular itu maka ular tersebut berkata, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Para sahabat bertanya,“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Kata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah.
Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
6 seksa di dunia
Allah mengurangkan berkat umurnya
Allah menyahkan rezekinya
Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
Tidak akan mendapat tempat dalam Islam
Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
Allah tidak menerima doanya
3 seksa ketika sakaratul maut
Mati dalam keadaan amat dahaga
Mati dalam keadaan lapar
Mati dalam keadaaan hina
3 seksa di dalam kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
Allah akan seksa hingga hari kiamat
3 seksa dipadang mahsyar
Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang meninggalkan solat
Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan solat ke dalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras
Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60,000 tahun dunia
Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat Islam
Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)
Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri
Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada di bumi dan langit.
Ampunilah kami, Ya Allah...
No comments:
Post a Comment