Kawal Kemarahan
serenemaklong.blogspot.com
TIP kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh nabi SAW:
1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.
Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun
orang lain.
Abu Hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan;
“Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar.
Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga
Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan
mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah
bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi
Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula
diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu
kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka
malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama
syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu
memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata, Rasulullah ada
bersabda : “Awaslah kamu
daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka
sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika
dia duduk hendaklah ia berbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah
pernah bersabda: “Sesiapa yang
pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi
hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Wallahuallam............
Mudahan berkesan dihati sanubari....
ReplyDelete