Ketaksuban Si Pak Turut
serenemaklong.blogspot.com
BAGI yang mempelajari serba sedikit tentang agama bukan Islam pasti akan tahu beberapa perkara. Antaranya adalah ketaksuban melampau kepada tokoh agama mereka walaupun ternyata tokoh itu salah, namun mereka tetapi mempertahankannya. Kalau yang salah itu orang lain cepat sahaja mereka menghentam.
Mereka juga tidak dapat membezakan yang mana agama dan yang mana pula adat budaya. Bagi mereka, adat budaya adalah agama, malah agama itu disesuaikan pula dengan adat budaya, dan bukannya sebaliknya.
Banyak amalan mereka tidak bersumber dari kitab agama mereka sendiri dan ia dicipta oleh tokoh agama mereka dengan alasan ia adalah baik.
Apabila berdakwah kepada mereka yang Belum Islam, mereka akan menjawab, "Semua agama sama iaitu mengajar orang jadi baik. Yang penting hati mesti baik".
Mereka tidak tahu asal usul amalan dan ibadah mereka kecuali andai-andaian dan ikut-ikutan. Alasan mereka adalah, "Ini telah dilakukan sejak dahulu lagi, takkan kami tak tahu".
Ketulenan sesuatu agama terletak pada sumber dan bukan tokoh agamanya. Ketulenan agama menjadi rosak apabila pengikut menjadi pak turut bagai lembu dicucuk hidung. Tokoh agama diangkat dan dipuji melampau sehingga tidak boleh dipertikai mengenai apa yang dibawanya dengan alasan tokoh itu mempunyai ilmu agama sedangkan mereka tidak.
(Sumber: Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)
No comments:
Post a Comment