Monday, April 1, 2013

Keadaan Jasad Di Kuburan


serenemaklong.blogspot.com






SESUNGGUHNYA mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun kemudian...

Malam Pertama
Perut dan Kemaluan busuk paling awal. Kedua-dua organ inilah yang perlu dijaga oleh anak cucu adam semasa di dunia. SUBHANALLAH

Setelah itu Jasad pula berubah warna menjadi hijau kehitaman. Penggunaan berbagai warna kosmetik  yang mempesona, akhirnya tubuh manusia hanya memiliki satu warna saja.

Malam Kedua

Anggota yang lain pula membusuk seperti, limpa, hati, paru-paru dan lambung.

Seminggu kemudian
Wajah mulai membengkak, kedua-dua mata, bibir dan pipi.

Selepas Dua Minggu
Rambut mulai rontok.

Selepas 15 Hari
Lalat hijau mula tercium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Selepas Enam Bulan
Yang tinggal hanya rangka tulang saja.

Selepas 25 Tahun
Rangka tubuh berubah menjadi seperti biji, di dalamnya terdapat satu tulang yang sangat kecil disebut ADJBUDZ DZANAB (tulang ekor)..

Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Ini juga  tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Kerana itu jangan biarkan umur kita melewati jasad ini dengan sia-sia.

Saya memohon keteguhan kepada Allah untuk diri saya dan juga anda sekalian.

Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati. Tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.
Ya Allah, jadikan kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga. Jangan jadikan ia sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka...Aamiin Ya Rabbal alamiin...

Wallahu 'alam bisawwab.
 


No comments:

Post a Comment