APABILA Allah Subhanahu wa Ta’ala, memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk manusia.
Di
antara perintah Allah itu adalah berhijab bagi
muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berhijab menurut Islam dan ilmu
pengetahuan.
Selamat dari adzab Allah (adzab neraka)
Ada dua macam penghuni neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya. Sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor lembu, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan kumpulan wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh - HR Muslim.
Imam An-Nawawi ra. menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan “Wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuh dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.
Terhindar dari pelecehan
Banyaknya pelecehan seksual terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri, kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam;
Sepeninggalku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita - HR Bukhari.
Jikalau wanita pada zaman Rasulullah saw merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap hijab mereka dan tidak ramai lelaki jahat, bagaimana pula wanita zaman sekarang? Tentu akan menjadi sasaran pelecehan.

Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya - HR Muslim.
Bila hijab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Jika terjadi pelecehan tidak ada yang akan membela.
Akan seperti bidadari syurga
Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangan, mereka tidak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya - Surah Ar-Rahman ayat 56.
Mereka laksana permata yakut dan marjan – Surah Ar Rahman ayat 5.
Mereka laksana telur yang tersimpan rapi – Surah Ash Shaffaat ayat 49.
Dengan berhijab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga, iaitu menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang senantiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amat berharga.
Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor yang terbentuk akibat gangguan dalam sel disebabkan oleh sinaran Ultraviolet (UV), bahan kimia, dan sebagainya.
Sinar Ultraviolet (UV) menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar disebabkan matahari.
Kanser tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Hanya saja, wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada lelaki. Keerana itu, wanita lebih mudah diserang penyakit kanser kulit.
Hijab melindungi kulit daripada sinaran UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai tudung pendek dan baju ketat. Sinaran UV masih boleh menembusi pakaian yang ketat apa lagi yang jarang. Berhijab di sini harus sesuai dengan kriteria hijab.
Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses pasti dialami oleh semua orang. Gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit berkedut dan sebagainya.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinaran matahari. Sinaran matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
Krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari, kecuali hijab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat ukhrawi dan juga manfaat duniawi. Jilbab bukan sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga melindungi kulit dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Demikianlah Allah memberi kasih sayangNya kepada wanita melalui syariat Islam yang sempurna.
No comments:
Post a Comment