serenemaklong.blogspot.com
KONKRIT mengeras dan membeku bila ada air. Sifat ini penting
dalam pembinaan terutama pembinaan asas pada tempat basah.
Konkrit tidak berkarat atau mereput. Ia juga tidak diserang anai-anai atau sebarang serangga perosak lain. Konkrit boleh dibancuh dan kemudian dibentuk menjadi sebarang rupa mengikut acuan.
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
Air memainkan tiga peranan utama dalam kerja-kerja konkrit; menyebarkan simen agar setiap butiran batu diliputi dengan rapat, bancuhan konkrit mudah disediakan, dan menjadi agen tindak balas kimia dalam simen untuk mengikat semua batu dalam bancuhan konkrit.
Konkrit adalah asas binaan yang diguna secara meluas bagi lantai patio, laluan pejalan kaki, garaj, perabot taman dan pelbagai lagi.
Sifat konkrit yang kekal lama, tahan lasak, mesra alam, cantik dan mudah diselenggara antara faktor utama mengapa ia menjadi material pilihan di setiap kediaman.
Teknologi terkini dalam membentuk, merekabentuk dan memberi warna kepada konkrit berjaya menambah nilai estetika dan praktikal permukaannya.
Konkrit juga berupaya menambah prestij dan nilai kepada hartanah.
Kekuatan dan ketahanan material konkrit memang baik berbanding kayu kerana ia tidak meyerap lembapan seterusnya membuatkan ia tahan pada apa juga cuaca dan iklim.
Konkrit berkeupayaan memperlahankan kadar penyerapan haba justeru permukaannya tidak terlalu sejuk ketika musim hujan dan tidak terlalu panas ketika cuaca terik.
Konkrit mempunyai tahap rintangan api yang baik juga kalis air oleh itu ia tidak memerlukan sebarang lapisan tambahan sebagai coating.
No comments:
Post a Comment