serenemaklong.blogspot.com
TERRY HOLDBROOKS, seorang petugas keamanan tiba di Penjara Guantanamo pada 2003. Anak muda berusia 19 tahun itu mengaku dirinya atheis, namun setahun kemudian ia menjadi seorang Muslim yang taat.
Holdbrooks mengaku kagum dengan para tahanan yang bangun setiap hari daalam keadaan tersenyum meskipun mereka terkurung di sebuah penjara yang ketat kawalan dan harapan untuk bebas adalah tipis. Dia merasa ada sesuatu tentang Islam yang tidak diketahuinya.
Holdbrooks berbual selama berjam-jam dengan para tahanan mengenai Islam. Seorang tahanan memberi dia salinan kitab suci Al Qur’an untuk dipelajari. Ini membawa kepada perubahan dalam cara hidupnya.
Ketika Holdbrooks meminta seorang tahanan membimbing dia menjadi seorang Muslim, tahanan tersebut memperingatkan dia bahawa keyakinan itu bakal mengubah hidupnya.
“Jika awak menjadi seorang Muslim, kakitangan dalam unit awak akan memandang awak dengan cara yang berbeza, begitu juga keluarga dan negara awak. Ini akan menyulitkan keadaan awak nanti.”
Namun Holdbrooks tidak peduli. Setelah memeluk Islam, dia meninggalkan dunia ketenteraan dan menjadi seorang aktivis yang lantang menentang keadaan di Teluk Guantanamo. Subhanallah!
(Sumber: CNN dan berbagai sumber lain)

No comments:
Post a Comment