Kalau hidup
sekadar hidup
Babi di hutan
juga hidup
Kalau kerja
sekadar kerja
Kera juga
bekerja
--Hamka—-
Teramat dalam erti sindiran yang dilontarkan
Allahyarham Hamka. Ulama berkarisma,
ilmuan, sasterawan Indonesia itu ingin mendorong kita menjadi manusia yang
sebenarnya. Kalau hidup dan bekerja hanya sekadarnya, kita ini tidak jauh
bezanya dengan babi hutan atau kera.
Bukan pula Hamka ingin menyamakan manusia
dengan binatang. Manusia adalah makhluk sempurna yang diciptakan dalam
sebaik-baik bentuk.
Lalu, hidup dan kerja seperti apa yang patut
kita jalani? Jawapannya - hidup yang menghidupkan, memberi prestasi terbaik. Do with all our best!
Hidup tidak sepatutnya hanya memikirkan diri
sendiri (ego), tetapi juga harus berfikir menghidupkan alam sekitar (geo).
Hidup seperti inilah yang mendatangkan manfaat bagi lingkungannya iaitu manusia
dan alam sekitar. Hidup yang mendatangkan banyak manfaat bakal meletakkan
manusia kepada kedudukan yang mulia dan terpuji. Khairukum man tanfa’u
linnas; sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang banyak memberi
manfaat buat umat manusia.
Kalau begitu, bagaimana dengan keadaan kita
sekarang ini yang status sosial pun
berbeza-beza boleh membuatkan kita digolongkan ke dalam kumpulan sebaik-baik
manusia tersebut? Tentu saja BOLEH. Caranya ialah dengan melaksanakan kerja
yang halal itu dengan sebaik-baiknya. Berdisiplin tinggi, berintegriti, penuh
kecerdasan. Bercermat dengan waktu dan tenaga. Tanamkan dalam di dalam diri
semangat bahawa bekerja bukan sekadar bekerja untuk diri semata-mata, tetapi
bekerja yang mendatangkan manfaat untuk ramai orang. Bermanfaat untuk agama,
keluarga, masyarakat sekeliling, organisasi, negara dan bangsa.
Sesudah mampu
bekerja dan hidup seperti itu, baru kita boleh tenang dari sindiran Hamka di
atas.
Mari kita baiki kualiti diri dalam kehidupan
dan pekerjaan sehari-hari dengan
kata-kata motivasi ini:
"Kalau selalu manjakan diri
dengan senang-lenang, diri bakal merana
bila berdepan dengan ujian. Kalau selalu
keras pada diri dengan susah payah, diri bakal jadi pemenang bila berdepan
dengan ujian."
(Terima kasih
kepada Feri Susanto™)
No comments:
Post a Comment