serenemaklong.blogspot.com
(TIP ini dikongsikan dari blog Redskyim tentang cara seorang ayah menggunakan psikologi untuk memotivasikan anaknya supaya sentiasa menjaga solat).
Ilmu ini saya belajar semasa berumur 6 tahun. Ayah menyuruh saya solat sekiranya ingin menjadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti di bawah:
1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya berjalan tanpa kepala.
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah-olah saya berjalan tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar seolah-olah berjalan tanpa dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi berjalan tanpa perut dah serupa macam hantulah.
5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. berjalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :
Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ini bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
(Kredit
kepada Medan Telekung)
No comments:
Post a Comment