serenemaklong.blogspot.com
TERIMA SEADANYA
Jangan cuba mengubah pasangan mengikut kemahuan diri. Ingat, pasangan yang dikahwini itu ataupun yang dicintai itu adalah pilihan kita sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.Terima segala kekurangan, kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan kita daripada terus memikirkan kekurangan atau keburukannya.
BERKOMUNIKASI SECARA TERBUKA.
Jangan selalu membuat andaian tentang perasaan pasangan kita. Lebih baik ajak pasangan berbincang secara terbuka tentang semua perkara. Belajar mengekspresi perasaan dengan cara yang terbaik supaya pasangan dapat memahami masa kita marah,terluka,tersinggung ataupun gembira.Ucaplah kata sayang sekerap yang boleh,walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan kerana itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
AKTIVITI BERSAMA.
Aktiviti bersama mampu merapatkan hubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama.Misalnya menonton video di rumah atau menonton wayang. Berhati -hati bila pasangan lebih gemar bersama kawan-kawan melebihi pasangan sendiri.Ini petanda tidak baik.
TUNJUKKAN CINTA
Selepas berumahtangga, sesetengah orang kurang mengambil perhatian terhadap hati pasangan. Ada yang kata, “Sudah kahwin untuk apa romantik lagi?”
Itu tanggapan salah.Rasa cinta dan sayang tidak salah diluahkan melalui sejambak bunga buat isteri ataupun menyediakan makan malam yang romantis untuk suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah perkara yang mampu mengekalkan hubungan.
KAWAL PERASAAN.
Apabila sedang marah ataupun ada perkara yang mengganggu, cuba bertenang dan bertanya kepada pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana itu hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai sekiranya kita bertenang ketika menghadapi sebarang situasi.
JANGAN UNGKIT KISAH LALU
Berhenti mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa yang mahu mengingati kesilapan apatah lagi kesilapan itu merupakan kenangan pahit ataupun memalukan.Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan kita sebagai senjata setiap kali berlaku pergaduhan.
KURANGKAN RASA CEMBURU.
Setiap individu tidak boleh lari daripada perasaan cemburu.Namun,cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana sikap itu boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya pada pasangan.
JAGA KOMITMEN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi kerana sikap ini akan menyebabkan pasangan kurang menghormati.Menjaga kepercayaan memerlukan komitmen supaya dapat membina satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasa diabaikan, bersiap sedialah akan kehilangannya.
JUJUR
Jujur paling penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana itu antara punca perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan ialah kejujuran dalam mengungkapkan perasaan kepada pasangan kita.Sekiranya kita terluka,katakan kita terluka.Beritahu dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
(Sumber: Buku 60 tip Menjadi Isteri Cantik Dan Solehah)
No comments:
Post a Comment