BUAT renungan ibu bapa
yang ringan tangan dan mulut. Anak kita adalah
cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (prasekolah) memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat, mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi lisan yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kecewa kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip untuk mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentu anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang ibu bapa lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja ibu bapa pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taman asuhan, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama anda kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di taman asuhan/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk. Layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tidak tahu atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan anda sekiranya anda pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh harap anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami keperibadian anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan peribadi tersendiri. Anak yang suka menjerit tanpa sebab boleh dikategorikan sebagai Personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, anda boleh menegur dia bahawa perbuatan suka menjerit sebenarnya tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. In sya Allah dia akan kurang menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Jika dia mengulanginya semula, suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika anda mendapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak suka perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri anda dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian anda terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan anda mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang anda inginkan setiap kali anda berinteraksi dengan anak. Boleh juga anda berbuat demikian setengah jam setelah anak masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang anda mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’.
Teknik ini dipanggil imagery
atau visualization dan didapati
sangat berkesan jika dilakukan berulang kali. Anda juga boleh membacakan surah
AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur
untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Mendidik
anak tidak mudah, apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Lebihkan bersabar, jangan buat tidak peduli dengan anak dan cubalah
memahaminya. Fahami bahawa dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan
penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba
dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Beli buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Semoga Allah mengurniakan anda rahmat dan kebijaksanaan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.