Thursday, April 10, 2014
Ulama Palsu
Dalam sejarah para ulama hadis sejak dahulu, mereka sering mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan qussas dan wu’adz. Golongan ini mewujudkan hadis palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini. Agama tercemar kerana mereka. Secara ringkas wu’adz dan qussas boleh dianggap sebagai penceramah tukang cerita.
Mungkin kita akan bertanya, apakah bahayanya? Bukankah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai? Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!
Bahaya itu bukan terletak pada diri mereka yang memberikan nasihat, tetapi bahayanya ialah pada isi kandungan agama dalam ucapan-ucapan mereka yang tidak benar. Orang ramai terseleweng kerana mereka.
Kita sedar bukan semua penceramah begitu. Memang ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadis-hadis yang dibaca. Masalahnya lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata-mata.
Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, “Qussas itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ia menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, Israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal-usul, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, Riyadh: Dar al-Watan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment