Thursday, April 24, 2014

Tebus Talak Yang Disalahgunakan

serenemaklong.blogspot.com
TEBUS TALAK dalam Bahasa Arab disebut KHULU’ adalah PEMBUBARAN PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK ISTERI dengan membayar GANTI RUGI kepada suami.Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: “AMBILLAH KEBUN YANG DIJADIKAN MASKAHWIN ITU DAN CERAIKANLAH DIA.” (HR Al-Bukhari).Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Thabit bin Qais, yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari, memohon cerai, di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Thabit bin Qais. HUKUM Khulu’ adalah HARUS berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 229: “Dan tiadalah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir, bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tiadalah mereka berdosa, mengenai bayaran (TEBUS TALAK) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya..”
DI AKHIR ZAMAN INI, kaedah ini telah DISALAHGUNAKAN oleh pihak tertentu, seperti berita yang dilaporkan di sebuah akhbar tidak lama dulu mengenai pengakuan seorang wanita, 31 tahun, telah diberi oleh teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak agar diceraikan suami, sebelum dia berkahwin dengan teman lelakinya itu... Maknanya, LELAKI TERSEBUT SEOLAH-OLAH TELAH 'MEMBELI ISTERI ORANG', kerana dia telah memberi sejumlah wang, supaya wanita tersebut dapat diceraikan dan kemudian dikahwininya..... WANITA memang mudah TERTAWAN DENGAN KEMEWAHAN HARTA BENDA, PERHIASAN BARANG KEMAS, KENDERAAN MEWAH, RUMAH BESAR, MELANCUNG KE LUAR NEGARA dan sebagainya..... ADALAH DIHARAP, pihak yang berkaitan, AKAN MEMBUAT SATU MEKANISME SUPAYA PERBUATAN 'KOTOR DAN JIJIK' BEGINI TIDAK MUDAH BERLAKU, dan ia harus dipantau agar ia tidak MEROSAKKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ORANG ISLAM itu sendiri... Kes sebegini telah banyak berlaku cuma yang diketahui amat sedikit.... Maknanya kaedah tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan oleh PIHAK MAHKAMAH....
Moga2 tidak ada lelaki Islam YANG KAYA, menggunakan wang ringgit, untuk 'membeli isteri orang', yang cantik, bergaya, berdahi licin, kerana ini bererti MENYALAHGUNAKAN perbuatan KHULU’ YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM.... Para isteri yang BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN, hendaklah bersabar dengan ketentuan dan ujian Allah... JANGANLAH MERENDAHKAN MARTABAT DAN MARUAH diri, serta mudah diumpan dengan wang ringgit dan kesenangan hidup. [USTAZ RAMLI JONED] SURAH AN-NISAA' AYAT 24 "Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

No comments:

Post a Comment