Friday, April 4, 2014
Cari Redha Allah
Orang yang mengaku beragama Islam patut mempelajari ilmu tauhid yang jelas dan lengkap dengan dalil naqli dan aqli, seiring dengan ilmu profesional keduniaan.
Jika belajar tauhid secara ikut-ikutan yang rapuh dan goyah, ia mudah dikalahkan oleh godaan nafsu.
Petanda orang Islam menghadapi masalah tauhid ialah apabila percakaran sesama sendiri semakin dahsyat, peningkatan gejala sosial, jenayah, pecah amanah, rasuah dan segala macam kemungkaran yang begitu membimbangkan.
Setinggi mana pun pencapaian duniawi, hakikatnya ia hanya meninggikan tempat jatuh, sekiranya tauhid kekal rapuh dan diabaikan manakala racun-racun rohani terus tersebar luas.
Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di DEPAN...
Saat orang merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...
Saat orang iri pada kita, itu adalah tanda bahwa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...
Saat orang berkata buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...
Payung memang tidak dapat menghentikan hujan, namun payung dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan.
Bahagia bukan pada cantiknya rupa kerana ia bakal berubah menjadi tua.
Bahagia bukan pada kulit kerana ia bakal berkedut dan berkelepek.
Bahagia bukan pada indahnya fesyen kerana ia bakal diganti dengan kain kapan.
Bahagia bukan pada harta kerana bila ia sudah tiada hati bakal menderita.
Bahagia bukan pada manusia kerana mereka boleh berubah hati dan haluan jua.
Bahagia bukan pada pujian kerana suatu hari ia mungkin berubah menjadi kejian.
Bahagia bukan pada pangkat yang boleh terangkat dan mangkat.
OLEH ITU CARILAH REDHA ALLAH DALAM SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN. TAATI DIA TERUS MENERUS KERANA DIA TIDAK HILANG, BERUBAH ATAU MATI DAN JANJI-NYA PASTI. IN SYA ALLAH, HIDUP AKAN BAHAGIA DI DUNIA NAN SEMENTARA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment