Thursday, April 3, 2014

Ikut Dan Samun

serenemaklong.blogspot.com
Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan engan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN. Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya. MODUS OPERANDI: 1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan. 2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun. 3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa. 5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan 6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain. NASIHAT: 1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang. 2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda. 3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina). 4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda. 5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu) ..................................................... PENGALAMAN KEDUA: Pada 31/3/2014 isteri Inspektor Saleh dari Trafik IPK Perak, memandu seorang diri dari Ipoh ke Kuala Lumpur.Jam 2.30 petang dia berhenti di RnR Sungai Buloh (Restoran Jejantas) untuk ke tandas dan membeli makanan. Tiba-tiba 3 lelaki Melayu menaiki Proton Pesona warna gelap nombor pendaftaran WWC 547 datang dan mengatakan kenderaan wanita itu sudah 4 bulan tertunggak padahal Inspektor Saleh bayar setiap bulan. Wanita itu mengambil keputusan untuk mengunci pintu kereta dan terus ke kedai di mana ada orang ramai.... Setelah menelefon suaminya, Inspektor Saleh segera menyuruh isterinya mendapatkan bantuan orang ramai dan PLUS sambil Inspektor Saleh mendapatkan bantuan polis. Alhamdullilah, seorang pakcik menolong dan bertanyakan surat bank namun gagal dikemukakan. Mungkin disebabkan kedua suami isteri tahu prosedur tarik kereta maka suspek bertindak beredar dari lokasi itu. Namun 15 minit kemudian kenderaan sama masih berlegar di RnR berkenaan. Setelah sedar kehadiran polis mereka melarikan diri. Pesan kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan tentang Modus Operandi menyamun dengan menjandi tonto bank menarik kereta. Tolong sebarkan..... PROSEDUR MENARIK KERETA: 1.Mesti ada "reposessor order" dari bank. 2.Rreposesor mesti ada kad KPDNKK dahulu baru boleh tarik. 3.Ejen yang dilantik oleh bank mempunyai kad kuasa dari bank terbabit. 4.Kereta yang berada dalam pagar rumah tidak boleh ditarik. 5.Waktu tarik hanya dari jam 9.00ー5.30 petang Sabtu dan Ahad.

No comments:

Post a Comment