Wednesday, April 23, 2014

Mencintai Sahabat Nabi s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com.
Kadang-kadang perasaan kita hanya bersifat perasan. Kita rasakan diri kita rajin menuntut ilmu padahal kerajinan kita tidak seberapa. Kita rasa diri kita dermawan hanya kerana menghulur beberapa ringgit ke dalam tabung masjid, pqadahal ada orang menginfakkan seluruh hartanya demi Allah. Kita rasa kita mencintai Nabi semata-mata kerana hafal beratus versi selawat dan qasidah. Sepatutnya bacalah juga riwayat hidup para sahabat Baginda. Sesuatu perkara ada pengukurnya tersendiri, bukan ikut ukuran sendiri-sendiri. Rujuklah kepada ukuran yang sebenar.
PENGIKUT DAHULU MENCINTAI NABI SAW DENGAN: 1. Membantu saudara tanpa berkira - Sahabat Ansar sanggup melepaskan isteri untuk dikahwinkan kepada saudara Muhajirin, memberi harta dan menanggung kos kehidupan. 2. Bimbang terlintas hadis Nabi - Ibn Abbas, Abu Hurairah tekun menuntut hadis daripada sahabat-sahabat senior selepas kewafatan Nabi. Jabir bin Abdullah sampai ke Mesir demi satu hadis. 3. Tinggalkan Madinah demi menyebarkan Islam - Abu Ayyub al-Ansari sampai meninggal dunia di Turki. Anas bin Malik meninggal dunia di Basrah.Khalid al-Walid meninggal dunia di Syria. 4. Suka mengulangkaji sirah Nabi - Abdullah bin Zubair melakukan perkara yang sama Nabi lakukan sebaik tiba di satu-satu tempat. Urwah bin Zubair (tabiin), anak kepada Zubair bin al-Awwam tekun belajar sirah daripada Sayidatina Aisyah. 5. Mencintai dan memandang tinggi para sahabat yang lain - Sahabat junior sangat menghormati sahabat senior Nabi. Ibn Abbas segera memegang tali kekang tunggangan Zaid bin Thabit. Beliau berkata, “Beginilah kami diajar berbuat kepada ulama dan senior kami.” 6. Mencintai dan memandang tinggi para sahabat yang lain - Sahabat junior sangat menghormati sahabat senior Nabi. Ibn Abbas segera memegang tali kekang tunggangan Zaid bin Thabit. Beliau berkata, “Beginilah kami diajar berbuat kepada ulama dan senior kami.” 7. Mendahulukan keperluan umat - Sayidina Abu Bakar dan Umar tiada gaji sepanjang menjadi khalifah. 8. Menghafal Al Quran -Ibn Mas’ud berlumba-lumba untuk menjadi sahabat yang paling banyak menghafal al-Quran.
KITA JUGA MENCINTAI NABI TETAPI: 1.Untuk memberi sumbangan kepada pelarian Rohingya, Syria pun berfikir tiga empat kali. Sering kali pula sudah berniat tetapi terlupa begitu sahaja. 2. Tidak teringin pun untuk belajar kitab sahih al-Bukhari atau Muslim apatah lagi terfikir untuk menghafal hadis Nabi. 3. Berat hati untuk menyertai program dakwah di perkampungan orang Asli, apatah lagi menjadi sukarelawan dalam misi kemanusiaan di luar negara. 4. Kali terakhir membaca sirah Nabi adalah semasa di sekolah menengah. Kini hanya mendengar sedutan kisah daripada ceramah secara tidak langsung. Turutan peperangan Nabi pun sudah lupa. 5. Tidak terfikir pun bahawa mencintai sahabat Nabi ialah tuntutan agama. 6. Berfikir lebih baik pergi umrah setiap tahun daripada jumlah yang sama didermakan kepada rumah anak yatim. 7. Surah-surah lazim yang dihafal sejak kecil itulah sahaja yang tetap dihafal sampai ke tua.
Tiada makna mencintai Allah tanpa cinta pada Nabi. Tidak ke mana mencintai Nabi tanpa cintakan sahabat Baginda. Kecintaan terzahir pada tindakan. Sekalipun lisan menafikan, perbuatan yang membuktikan perasaan cinta dalam hati. Bukti cinta adalah pada usaha, bukan sekadar kata-kata.
TINDAKAN: 1. Mengkaji riwayat hidup sahabat. Belajar sirah Nabi tanpa jemu. Tahu keistimewaan sahabat per individu. 2. ‘Memasyarakatkan’ kisah hidup sahabat. Menulis dalam Facebook, blog berkenaan kisah-kisah sahabat.Menjadikan kisah mereka sebagai cerita kanak-kanak. 3. Membela maruah sahabat. Membidas mana-mana pihak yang ingin merendah-rendahkan sahabat. 4. Mengabadikan nama-nama sahabat. Menamai surau, masjid, dewan sempena nama mereka. Namakan anak cucu kita sempena nama mereka.
5. Membersihkan kisah-kisah dusta tentang sahabat.Kisah-kisah dusta ialah: a). Umar dikatakan pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup. b). Abdul Rahman bin Auf masuk syurga merangkak. c). Al qamah si anak derhaka yang sukar meninggal dunia. d). Tha’labah enggan berzakat. e). Muawiyah bin Abu Sufyan mengambil alih pemerintahan secara paksa. f). Bilal tertidur semasa gilirannya menjaga sehingga Nabi dan sahabat terlepas solat subuh. g). Kaab bin Malik dan dua orang sahabat lagi tidak turut serta Perang Tabuk. h). Khalid bin al-Walid makan dhab di hadapan Nabi. Dan beberapa riwayat lagi…. Mencintai sahabat adalah sebahagian daripada agama. Dengan mencintai sahabat, kita akan mengecapi cinta Rasul yang hakiki. [Sumber: Solusi #64]

No comments:

Post a Comment