Monday, April 7, 2014

Rindu Budak Pada Rasulullah s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com
‎Terjadi satu kisah di zaman Sheikh Abdurrahman Ad-Diba'i. Orang kampung berkumpul di kota Zabid (hujung kota Yemen) untuk bermusafir menziarahi makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam di kota Madinah. Jarak perjalanannya mengambil masa selama 2 minggu.Bila kumpulan itu hendak bergerak ke kota Madinah, seorang budak kecil sekitar 8 tahun bertanya, "Wahai Sheikh saya hendak ikut ziarah Nabi." Jawab Sheikh, " Tak boleh, kau nanti buat susah, orang nak ke sini kau nak ke sana. Kenapa kau nak sangat ikut." Jawab budak itu, "Wahai Sheikh percayalah yang aku terlalu rindu dengan Rasulullah." .Nmun dijawab Sheikh," Sudah. Kau tetap tak boleh ikut." Maka berjalanlah kumpulan tadi. Setiba di kota Madinah di makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, Sheikh Abdurrahman Ad-Diba'i terkejut melihat budak kecil itu ada di hadapannya. "Wahai budak kecil, dari mana kau datang. Macam mana kau boleh ikut?" Jawabnya "Ketika kalian berangkat, aku masuk dalam peti ikut sekali rombongan ziarah." Kata Sheikh, "Aku tidak hairan kalau kau masuk peti, tapi selama 2 minggu kau tidak makan dan tidak minum." Jawab budak itu, "Aku terlupa makan dan minum kerana terlalu rindu kepada Nabi.Wahai sheikh, adakah benar tanah ini pernah dipijak Rasulullah?" Kata Sheikh, "Ya.'' Anak itu mengambil tanah tersebutlalu diciumnya, kemudian terus rebah secara tiba-tiba. Rupanya dia telah wafat. Budak itu dikebumikan di luar kota Madinah disebabkan dia orang luar. Ahli ziarah kemudiannya terus mengerjakan umrah. Ketika hendak pulang, Sheikh teringat kepada si budak lalu pergi menziarahi kuburnya. Sheikh melihat keadaan kubur itu dengan rasa pelik. Kubur itu di luar kota Madinah tapi semakin beransur masuk dalam kota Madinah menghampiri makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Menangis Sheikh Abdurrahman Ad-Diba'i. "Wahai budak kecil, hebat dan mulianya kau, sewaktu kecil kau rindu nak ziarah Rasulullah, dan sewaktu kau wafat juga kau rindu juga kepada Rasulullah..." [HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL KAFF] اللهم جمع لنا مع رسول في الجنة يا الله YA, ALLAH..SAMPAIKANLAH KAMI KE TANAH MADINAH AL MUNAWARRAH... "Daku yang kerdil ini berharap dimatikan dalam tanah sama yang diduduki Baginda Shallallahualahiwasalam atau dalam Majlis KekasihNya.." [KREDIT: Akh Mohd Azhar Abdullah hafizahullah/ FOTO: Khazinatul Asrar Hidayah]
Sesungguhnya ketika kita ingin hidup Kaya, kita lupa bahwa Hidup adalah Kekayaan……Ketika kita takut Memberi, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah Pemberian. Ketika kita ingin jadi yang Terkuat, kita lupa bahawa dalam Kelemahan, Allah memberi kita Kekuatan. Ketika kita takut Rugi, kita lupa bahawa Hidup kita dalah sebuah Keberuntungan. Hidup ini ndah jika kita mensyukuri apa yang sudah ada.

No comments:

Post a Comment