Tuesday, April 15, 2014
Penjajahan NEW WORLD ORDER
serenemaklong.blogspot.com
Negara bangsa yang tidak faham makna New World Order (Pemerintahan Baru Dunia) hanya akan mudah terjebak dalam perangkap penjajahan baharu dunia. Bangsa yang berlunak dengan kerjasama dan bantuan kewangan dari kuasa NWO ini sebenarnya sudah masuk dalam perangkap penjajahan baru oleh NWO. Kasihan rakyat dalam sebuah negara lemah seperti Malaysia yang tidak mengenali apa itu NWO dan penyebaran kuasanya melalui kerjasama dan bantuan teknikal terhadap negara-negara lemah hanya akan mempercepatkan negara-negara lemah terus berada di dalam cengkaman kuasa dunianya.
Atas kertas, USA diperintah oleh Presiden tetapi presiden itu mesti tunduk kepada sekumpulan kecil orang yang "memiliki kuasa wang" iaitu yang menguasai ekonomi dunia. Amerika Syarikat (dipanggil kuasa di sebalik pemerintah USA) sesungguhnya sangat takut kalau ada sebuah kuasa baru ekonomi yang juga memiliki kekuatan persenjataan. Sebab itu negara Uncle Sam ini sangat gusar di atas kebangkitan kuasa ekonomi China. Pembiaya yang bilangannya mungkin terdiri dari 20-30 orang inilah yang "memerintah" sebenar Amerika. Pembunuhan John FK adalah hasil terancang kuasa tersebut setelah Presiden negara itu enggan tunduk kepada kuasa tersebut.
Rancangan untuk menguasai dunia sudah diatur sejak ratusan tahun dulu. Mereka bukan sahaja sangat handal tetapi licik dalam membuat konspirasi dan manipulasi. "The end justify the means." Kalau terpaksa korbankan nyawa pun mereka sanggup melakukannya. Sesekali fikir, benar juga pendapat dan tindakan Hitler, walaupun dia sendiri mempunyai darah keturunan yang sama dengan manusia yang beberapa kerat itu.
Negara bangsa yang masih lena dengan gerakan licik NWO selalu melihat negara-negara barat itu tidak berdosa terhadap penghapusan tamadun manusia melalui gerak tindak mereka yang memanipulasi pemikiran lemah rakyat Negara Dunia Ketiga seperti Malaysia. Mereka tidak sedar NWO pintar menyelip masuk ke dalam mana-mana sistem bernegara yang lemah dalam kalangan Negara Dunia Ketiga. Akhirnya, penduduk negara-negara ini,termasuk Malaysia yang masih mengkultuskan kuasa NWO ini sebagai mulia dan suci sesungguhnya memperlihatkan ketololan cara berfikir mereka, sekaligus mempermudahkan kelangsungan penjajahan baharu dunia. Kumpulan ini masih tidak insaf kalau dunia kini berada di dalam genggaman NWO. Negara bangsa yang lemah dalam sudut berfikir akan merasa kagum dan takjub di atas sumbangan yang dihulurkan. Mereka lupa bahawa Amerika Syarikat sanggup menghulur berbilion wang dolar untuk menyewa pengkalan tentera di mana-mana negara lemah Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Negara Dunia Ketiga yang bukan sahaja lemah dari segi ketenteraan tetapi juga miskin ekonomi seperti Filipina mudah terjebak di atas kelicikan kuasa NWO. Bahkan negara-negara lemah seperti Filipina, Jepun, Korea Selatan dan Singapura turut dibebani rasa takut yang dicipta oleh kuasa NWO. NWO melalui Amerika Syarikat berhujah jika negara-negara ini tidak membenarkan penempatan tentera Amerika Syarikat di negara mereka, masing-masing akan berhadapan dengan risiko kemaraan kuasa komunis dari utara. Singapura pula melalui pengalaman Israel ditakut-takutkan dengan kebangkitan kuasa Melayu (Islam) yang mengelilingi pulau kecil itu. Oleh kerana ketakutan, Singapura sanggup berbelanja besar untuk membina kekuatan tentera yang dikatakan sebagai yang terbaik dan terkuat di Asia Tenggara. Melalui semua ini, Amerika Syarikat (dibaca NWO) sebenarnya bukan berhajat mahu menguatkan ketenteraan negara-negara tersebut tetapi lebih dari itu ialah menanam pengaruh dan cengkamannya untuk menguasai dunia bagi berhadapan dengan negara-negara yang juga memiliki kekuatan ketenteraan sepertinya. Bodohlah rakyat negara yang jahil untuk memahami gerak tindak dan gerak catur negara Uncle Sam yang selama ini mereka melihatnya sebagai kudus dan suci untuk membantu mereka.
[RUMUSAN PERBINCANGAN DENGAN RAKAN-RAKAN FB]
And hold fast, all of you together, to the Rope of Allah (i.e. this Quran), and be not divided among yourselves, and remember Allah's Favour on you, for you were enemies one to another but He joined your hearts together, so that, by His Grace, you became brethren (in Islamic Faith), and you were on the brink of a pit of Fire, and He saved you from it. Thus Allah makes His Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) clear to you, that you may be guided.
[Al-Quran, Surat ‘Ali-‘Imran 3, Verse 103]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment