Wednesday, April 9, 2014
Perjalanan Ke Masjid
serenemaklong.blogspot.com
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid, sebab ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya sehari lima kali. Bahkan ramai pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) selalu terlupa. Tidak jarang juga yang seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid, kerana orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya, walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika, dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi. Namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau setelah bergelar PHD.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid, kerana para pemuda kuat dan berbadan sihat yang mampu menakluk puncak Gunung Kinabalu dan Merapi pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam, ada yang berkata sekejap lagi, ada yang berkata tidak selesa dipanggil “ustaz”.
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. Maka berbahagialah dirimu bila sejak kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid, kerana sejauh manapun kamu melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling dibanggakan selain perjalanan kamu ke masjid.
Biar kuberi tahu rahasia kepadamu. Perjalanan ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabbmu. Itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.. Itulah perjalanan yang akan membezakan kamu dengan orang-orang yang lupakan Rabb.
PERJALANAN TERJAUH DAN TERBERAT ADALAH PERJALANAN KE MASJID. LAKUKANLAH WALAU HARUS MERANGKAK DALAM GELAP SUBUH DEMI MENGENAL RABBMU....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment