Friday, April 11, 2014

Air

Air penting untuk kehidupan, kepada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Kita boleh hidup tanpa makan beberapa hari, tetapi kita tidak boleh hidup tanpa minum air. Manusia memerlukan banyak air untuk hidup. Mengapa harus minum banyak air? Kerana 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Malah ada beberapa bahagian tubuh memiliki kadar air lebih daripada 80%, iaitu Otak dan Darah. Otak memiliki komponen air sebanyak 90%, sementara darah pula 95%. Manusia normal minum 8 gelas sehari. Jumlah itu harus ditambah jika merokok. Air itu diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar dari tubuh melalui kencing, peluh, pernafasan dan rembesan. Bila air diambil kurang daripada 8 gelas sehari, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan "menyedut" air dari darah menyebabkan darah menjadi kental dan menjejaskan pengedarannya. Dalam peredarannya, darah kental ini sampai ke buah pinggang untuk disaring akan kehadiran sebarang toksik. Buah pinggang bekerja keras ketika proses penyaringan ini. Darah yang kental merosakkan buah pinggang tersebut. Akibatnya, air kencing berwarna kemerahan, menandakan ada kebocoran pada buah pinggang. Bila dibiarkan terus menerus, mungkin suatu hari nanti darah terpaksa disaring oleh mesin pencuci yang menelan belanja besar. Selain buah pinggang, aliran darah ke otak juga agak perlahan kerana kekentalannya. Ini boleh menyebabkan sel-sel otak cepat mati atau tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Ditambah pula dengan penyakit jantung (yang juga kerjanya bertambah berat bila darah mengental), maka serangan angin ahmar boleh berlaku. Oleh itu, mulai sekarang minumlah 8 gelas sehari. Jika tidak harga yang dibayar ialah sakit buah pinggang dan angin ahmar.

No comments:

Post a Comment