Saturday, April 19, 2014

Fikir-fikirkan...

Kita mampu menghafal beratus-ratus lirik lagu dan juga mengingati penyanyinya tetapi berapa banyak surah dan hadis sudah kita hafal dan faham maknanya? Kita mampu membaca berpuluh-puluh novel dan majalah hiburan tetapi berapa banyak buku dan kitab agama yang telah kita miliki, baca dan faham serta amalkan? Umat Islam adalah umat yang pertengahan/sederhana dalam segala aspek kehidupan sebagaimana firman Allah: “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." [al-Baqarah 2:143] Islam membenarkan hiburan di dunia tetapi biarlah bersederhana dan tetap mengingat akhirat... Wallahualam...
Pakaian kemewahan dan barangan perhiasan diri yang dibanggakan tidak akan membaluti jasad kita yang terpisah dari roh. Sebaliknya hanya kain kapan yang menjadi pakaian kita. Pangkat darjat dan martabat tidak akan mengusung jasad kita ke tanah perkuburan. Sebaliknya jiran teman taulan yang akan melaksanakan kewajipannya. Di sinilah bersemadinya jasad kita dan bukanya ditempat mewah yang selama ini menjadi tempat kebanggaan kita. HIDUP INI HANYA SEMENTARA.....
Jangan mudah memandang rendah orang lain, dan jangan mudah berbangga serta berpuas hati dengan pencapaian diri. "Kejayaan bukan selalu kelihatan di depan mata. Tidak semestinya yang kelihatan indah itu sebenarnya indah, dan tidak semestinya yang buruk itu selamanya akan hina"
Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat untuk datangkan lebih keinsafan secara berseorangan), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh...! Kegagalan itu hanyalah suatu resepi mencapai sesuatu kejayaan. Dengannya, kejayaan lebih enak.

No comments:

Post a Comment