Sunday, April 13, 2014

Jadi Contoh Sebelum Dicontohi

serenemaklong.blogspot.com
IBU BAPA YANG BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK ialah apabila mereka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya... Telah lahir dari mereka sifat soleh dan solehah….Antara SIFAT YANG PERLU ADA PADA KEDUA IBUBAPA untuk dicontohi oleh anak-anak ialah:
1] BERIMAN DAN BERTAQWA: Hiasi diri dengan iman dan taqwa... Patuhilah solat 5 waktu sehari semalam, secara berjemaah dengan isteri dan anak-anak.... Ajak mereka melakukan ibadat secara bersama... Umpamanya ke majlis-majlis ilmu, bawa mereka bersama... Ini adalah suatu pendedahan dengan suasana ilmu dan majlis ilmu... Biasakan anak-anak mendengar alunan zikir serta bacaan Quran... Ini akan melembutkan jiwa anak-anak tersebut sejak dari kecil... 2] SABAR: Sifat sabar mesti sentiasa ada pada kepada kedua ibubapa... Ibubapa jangan suka bertengkar, sama ada di depan atau dibelakang anak-anak.... Ada yang tidak kena, bersabarlah.... Jangan panas baran, dan suka melenting....
3] MENEPATI JANJI: Jangan suka berjanji dengan isteri dan anak-anak, jika dirasakan tidak boleh ditepati... Setiap janji akan diingati.... Anak-anak amat prihatin terhadap apa-apa yang kita perkatakan pada mereka, terutamanya janji yang kita taburkan, selagi kita tidak tunaikan, maka selagi itulah mereka akan menuntutnya.... sebelum berjanji fikirlah dahulu.....
4] AKHLAK MULIA: Jika inginkan anak-anak beradab dan berakhlak mulia, ibubapa perlu terlebih dahulu beradab dan berakhlak mulia... Kalau tidak mahu anak merokok, si ayah janganlah merokok... Kalau tidak mahu anak perempuan mendedah aurat, si ibu janganlah mendedahkan aurat.... Anak-anak sangat memerhati dan mudah meniru....
5] BERMESRA: Ayah yang baik, bijak dan kreatif akan menimbulkan keseronokan pada jiwa anak-anak... Si ayah sentiasa bersama mereka... Membaca ... Bercerita ... Makan bersama... Bukannya menghabiskan masa dengan kawan-kawan di luar rumah, sedangkan anak-anak ditinggalkan kepada si ibu atau bibik yang menanganinya.... Dengan itu, anak-anak sentiasa merasakan hidup mereka dihargai dan diterima sepenuhnya... Mereka akan lebih menghormati dan mengkagumi ibubapa yang bertanggungjawab serta bersedia meluang waktu untuk mengetahui masalah mereka.... 6] BERI PENGHARGAAN: Jangan lupa beri penghargaan kerana kerajinan, ketekunan, kepatuhan mereka kepada ibubapa….. Contohi apa yang dilakukan oleh ibu bapa Hakimy dan Hafidz ini:
Bagaimana Hakimy dan Hafidz yang masing-masing seawal 7 dan 4 tahun boleh bangun awal pagi (jam 4:30) untuk menjalankan Qiamulail, seterusnya menunaikan Solat Subuh secara berjemaah di masjid. Kaedah ini perlu diterapkan oleh setiap ibubapa kepada anak-anak iaitu menjadi CONTOH kepada mereka. Pada usia awal begini, mereka harus 'disuruh' atau 'disaran' dengan TINDAKAN (action), bukan dengan SUARA (vocal). Tindakan itu bermula dari ibubapa terlebih dahulu. Setiap pagi latihi diri untuk bangun jam 4 pagi. Waktu tersebut amat baik untuk perkembangan otak, waktu optimum untuk penghafazan dan penghafalan. Setiap malam, sebelum tidur, Hakimy dan Hafidz akan membaca doa sesama mereka sendiri, iaitu Hakimy akan mendoakan Hafidz dan Hafidz akan mendoakan Hakimy, manakala sementara Khadijah masih bayi lagi, abang-abangnya yang mendoakan dia. Mereka akan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri usai bersalaman dan berpelukan dengan papa mama mereka. Mereka sebenarnya telah dididik bahawa Hari Esok Bukan Milik Kita iaitu sentiasa bersedia menghadapi mati. Didikan secara mahabbah dan hikmah itu penting dalam memupuk jiwa yang bebas merdeka daripada Syirik dan Kemurkaan ALLAH. ‪[#‎Islamichomeschooling‬/Foto:Wan Asrul Al-Aydrus]

No comments:

Post a Comment