Friday, December 27, 2013

Taugeh Putih Dibajai Air Kencing

serenemaklong.blogspot.com
Hati-Hati ! Jangan beli taugeh Yang BERWARNA PUTIH BERSERI! Mesti ramai suka makan taugeh, campur pula dalam char kuey teow.... hmm...rangup.. Tetapi hendak beli taugeh kena eksperimen dulu... Beli sikit taugeh, jangan makan dulu sebaliknya simpan selama 3 hari. Cuba hidu bau taugeh itu selepas 3 hari. Lepas 3 hari kalau bau taugeh hancing semacam bermakna taugeh tu disiram dengan urin a.k.a AIR KENCING!! Urin itulah yang menyebabkan taugeh berwarna putih berseri. Taugeh yang idak dibaja dengan air kencing berwarna KEKUNINGAN, CEPAT LAYU DAN KURANG RANGUP. Info ini adalah dari pegawai yang pernah melawat pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh kaum Cina. Ada terjumpa bilik khas menyimpan air kencing untuk disiram pada cambah taugeh itu. Taugeh adalah tanaman yang menyimpan air siraman terus di dalam batangnya.. Tidak seperti sayuran lain berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lain, air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berlaku untuk penyerapan khasiat dari baja. Taugeh pula terus menyerap apa yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran nya bukan secara fotosintesis. Sebab itulah kalau disimpan 3 hari baunya hancing .. Kongsikan dengan orang lain... Awas!! JANGAN TERMAKAN AIR KENCING. [Foto: Resepi Masakan Enak]

No comments:

Post a Comment