Tuesday, December 24, 2013
Perbandingan Agama
serenemaklong.blogspot.com
ISLAM amat menganjurkan umatnya melakukan perbandingan di antara agama supaya lebih jelas antara yang hak dan batil.
Semua orang diajak berfikir dan mengetahui apakah Islam sebenarnya - "Akidah" yang dibawa oleh semua utusan Nabi bahawa Tuhan merupakan Pencipta yang SATU, sifat agungNya tidak sama dengan setiap ciptaan-Nya.
Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim A.S. juga melakukan perbandingan agama kepada penganut musyrik seperti yang difirman dalam al-Quran:
"Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)." (Surah Al-An’am 6: 76-78)
Maka boleh dilihat daripada dua ayat al-Quran di atas bahawa Nabi Ibrahim sedang cuba menjelaskan Agama Tauhid dengan bintang, bulan dan matahari yang disembah oleh musyrik. Ia bukan bersudahan begitu sahaja, sebaliknya Nabi Ibrahim A.S menjelaskan bahawa Tuhan sekali-kali tidak sama dengan ciptaan-Nya. Seperti yang difirman oleh ayat al-Quran seterusnya:
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.(Surah Al-An’am 6: 79)
Mungkin ramai orang masih keliru mengenai cara melakukan perbandingan agama kerana khuatir akan terpesong akidah, maka ketahuilah Nabi Ibrahim A.S. tidak terpengaruh dengan penyembah bintang, bulan dan matahari sebaliknya berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa Allah S.W.T. itu SATU dan TIDAK SAMA dengan semua ciptaan-Nya.
[Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment