Tuesday, December 17, 2013

Nenas

serenemaklong.blogspot.com
Nenas, nanas, lanas atau pineapple, apa jua sebutannya ia merupakan sejenis buah yang digemari semua orang. Di samping makan mentah, ia juga dibuat hidangan lauk, kuih, kek dan jus segar atau kordial. Nenas kaya dengan kalium, kalsium, iodin, sulfur,khlor, asam, biotin,vitamin B12,vitamin E terutama ENZIM BROMELIN yang membantu mencerna protein di dalam makanan agar mudah diserap oleh tubuh. Bromlin membantu proses penyembuhan luka, mengurangkan radang dan pembengkakan di dalam tubuh. Ini bererti ia sesuai untuk orang yang baru selesai menjalani pembedahan. Enzim bromlin juga membantu membersihkan tubuh dalaman dan mengimbangi kadar keasaman di dalam darah. Ia mampu menaikkan kadar platelet darah dan mengurangkan kadar air yang berlebihan di dalam badan. Nenas mempunyai kadar asid aspartik yang berfungsi sebagai asid amino dalam membantu proses metabolisme. Ia jua membantu membuang asid amonia di dalam tubuh yang berbahaya bagi sistem saraf pusat. (Sumber: Nisa Sohigh)

No comments:

Post a Comment