Saturday, December 7, 2013

Melihat Malaikat Melihat Syaitan

serenemaklong.blogspot.com
Mengapa ayam mampu melihat Malaikat sedangkan keldai tidak? Subhanallah. Banyak sudah penelitian ilmiah yang membuktikan kebenaran sabda-sabda Nabi S.A.W. secara ilmiah. Berikut ini adalah salah satunya. Nabi S.A.W. bersabda: إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ، فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ، فَتَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا "Bila engkau mendengar suara ayam jantan maka mintalah kurnia kepada Allah kerana ia melihat malaikat, sedangkan bila engkau mendengar ringkikan keldai, maka berlindunglah kepada Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan." (Shahih Bukhari dan Muslim). Kita seringkali mendengar hadis ini tetapi jarang memikirkannya dan tidak terlintas dalam benak kita untuk meneliti secara ilmiah mengapa itu terjadi.Kemampuan sistem visual manusia di dunia ini terbatas. Dalam hal ini kita kalah dengan sistem visual keldai dan ayam jantan. Pandangan mata manusia terbatas dan tidak dapat melihat apa yang berada di bawah sinar infra merah atau di atas sinar ultraviolet. Tetapi kemampuan indera ayam jantan dan keldai melewati batas itu. Bagaimana keldai dan ayam boleh melihat syaitan dan malaikat?
Keldai dapat melihat dengan sinar infra merah. Disebabkan syaitan berasal dari jin yang diciptakan dari api, mereka termasuk dalam lingkup infra merah. Kerana itu, keldai dapat melihat syaitan tetapi tidak boleh melihat malaikat. Ayam jantan pula mampu melihat sinar ultraviolet. Disebabkan malaikat diciptakan dari cahaya sinar ultraviolet, maka dapatlah ayam jantan melihatnya. Ketika para malaikat datang ke tempat yang disebutkan nama Allah tersebut, syaitan melarikan diri. Syaitan sangat terganggu bila melihat cahaya malaikat. Dengan kata lain, jika sinar ultraviolet bertemu dengan sinar inframerah di satu tempat, maka sinar merah memudar. Maha Suci Allah..!

No comments:

Post a Comment