Sunday, December 8, 2013

Peringatan Dari Musibah

serenemaklong.blogspot.com
Kebelakangan ini Malaysia menerima bermacam-macam bencana: rasuah yang teruk, tsunami kecil, jenayah yang semakin dahsyat, banjir besar, pergolakan di negara-negara jiran, konflik di kalangan rakyat membabitkan isu politik dan agama. Ini menunjukkan bahawa negara ini sedang menuju kehancuran. Semua ini adalah peringatan dari Allah supaya hamba-hamba-Nya menghisabkan diri dan kembali kepada Allah. Menginsafi betapa terlalu banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini akibat angkara tangan manusia itu sendiri. Antara ujian bagi orang yang meninggalkan agama ialah bila Allah menjadikan orang yang tidak amanah dengan kuasa yang diberikan sebagai ketua mereka. Sebab itu lah Nabi s.a.w. selalu berdoa "Ya Allah, jangan engkau jadikan orang yang tidak takutkan Engkau sebagai ketua kami." Apakah keburukan yang membawa terlantiknya orang-orang tidak amanah ini sebagai ketua? Itulah tidak adanya lagi amar makruf nahi mungkar. Hadis Nabi s.a.w. ada menyebut "Kamu akan kembali jadi seperti bani Israel, di kalangan mereka ada yang melakukan amar makruf nahi mungkar tetapi apabila mereka melakukan amar maaruf nahi mungkar, mereka diingkari.Akhirnya mereka malas melakukan amar makruf lagi. Maka berlakulah kemaksiatan dan kerosakan, lalu malapetaka turun ketika doa kamu tidak lagi didengar Allah"... (Sumber rujukan Al-Islam dan status Dr. MAZA) NASIHAT USTAZ AHMAD DUSUKI ABD. RANI: Apabila jalanraya berubah menjadi aliran sungai yang deras, manusia masih berkeras! Kedegilan itu akan memusnah. Berhentilah berbalah, carilah keampunan, kerana kita masih mempunyai Rabb yang penyayang. Kembalilah kepada-Nya. Susah sangatkah untuk menyebut Astagfirullahal A'zim???

No comments:

Post a Comment