Wednesday, December 25, 2013

Ciri-ciri Lelaki Penyayang

serenemaklong.blogspot.com
KEPADA YANG MASIH MENCARI ....... 1) Lelaki Suka Kanak-Kanak - Kata Dr. Fadilah Kamsah, lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. 2) Lelaki Suka Haiwan - Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang.Tengok reaksi dia bila ada haiwan contohnya di kedai makan. Kucing datang mengeong dekat kaki lelaki itu. Ada yang sepak terajang dan halau, ada pulak yang bercakap dengan kucing itu ” Kenapa?..lapar yer..nah ambik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan... Lelaki yang ada membela haiwan peliharaan akan menyerlahkan sifat kasih sayang dia. 3) Lelaki Yang Mengambil Berat Hal Orang Tua - Contohnya, bila dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain di jemuran, dia tidak sampai hati dan mendorongya untuk membantu. Sedaya upaya dia ingin meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan. 4) Lelaki Yang Mengambil Berat Hal Adik-Adik - Cuba tengok hubungan dia dengan adik-adiknya. Adakah hubungan mereka rapat dan adik-adiknya menyukai dia?. Perhatikan sama ada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya buat selamba bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tidak suka bermain-main atau melayan kerenah adik kecilnya. 5) Lelaki Yang Prihatin Hal Kawan-Kawan -Lelaki yang penyayang prihatin atas kesusahan rakan-rakan. Jika ada yang meminta tolong dia cuba membantu sedaya boleh. Dia tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada-pada, bukannya setiap kali dia sahaja mesti menolong atau, tidak pernah langsung menghulurkan tangan. Perlu ada sifat timbangrasa. 6) Lelaki Yang Pandai Menjaga Hati Pasangan -Lelaki ini bila melihat pasangannya berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati. 7) Lelaki Yang Susah Marah -Lelaki ini tidak panas baran kerana hal-hal yang kecil seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Berhati-hati dengan lelaki yang cepat melenting... 8 ) Lelaki Yang Murah Senyuman -Kita tengok lelaki itu sejuk saja..sentiasa senyum. ... Ini menandakan dia seorang lelaki penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Seboleh mungkin dia mahu menegur dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. ========================= Ini semua boleh dijadikan panduan tetapi tidak semestinya 100% tepat. Kita jangan terlalu cepat menghakimi orang kerana setiap orang berbeza perangainya. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment