Thursday, December 19, 2013

Mutiara Kata Khalifah

serenemaklong.blogspot.com
SAIDINA ABU BAKAR al-SIDDIQ: Ketika dipilih menjadi khalifah, beliau berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.” “Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.” “Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." [Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361]
UMAR IBNI AL- KHATTAB r.a. memberi ucapan yang Masyur ketika membebaskan Palestin: “Kita adalah suatu kaum yang diberikan kemuliaan (kehebatan) oleh Allah ( hanyalah disebabkan ) Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa (Islam) yang dengannya Allah telah muliakan kita, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.” “Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya."

No comments:

Post a Comment