Tuesday, December 17, 2013
Sihir
SIHIR adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin di mana seseorang meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara langsung dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk.
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
DEFINISI ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat tertentu, di bawah keadaan dan persiapan yang aneh dengan cara penuh misteri." Terdapat perbezaan yang tipis di antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti )dengan percubaan yang betul-betul berlaku, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
JENIS SIHIR:
Sihir Rumahtangga/Perceraian,
Sihir Pengasih/Guna-guna,
Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata,
Sihir Gila,
Sihir Santau,
Sihir Kelesuan Badan,
Sihir Penyakit Anggota Badan,
Sihir Penghalang Pernikahan.
TANDA TERKENA SIHIR:
Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. Badan terasa berat dan malas. Sukar mendapat jodoh. Badan terasa bisa-bisa. Sakit ketika menziarahi kematian. Sukar tidur malam. Sakit pinggang tanpa sebab. Sakit dada bila tiba waktu asar ke atas. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. Bermimpi berada di tempat tinggi. Bermimpi berada di tempat kotor. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. Terasa benda bergerak di bawah kulit. Bayi kerap menangis. Suami isteri kerap bertengkar walauoun perkara kecil. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. Malas beribadat. Nyanyuk ketika usia lanjut. Panas baran. Sikap berubah secara mendadak. Gelisah dan panas di tengkuk bila mendengar bacaan ayat al-Quran. Suka melakukan tabiat buruk. Kerap sendawa bila mendengar bacaan ayat al-Quran. Kerap keguguran. Gagal melakukan hubungan kelamin. Mengantuk bila dengar bacaan ayat al-Quran. Mimpi yang menakutkan. Darah haid turun lebih 15 hari. Batuk berpanjangan. Selalu ditindih ketika tidur. Kuat berangan-angan. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Nafsu seksual melampau. Selalu melihat kelibat di rumah. Terasa diri selalu diperhatikan. Mandul. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Melihat jin secara terus. Sakit mental atau gila.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR:
Apabila seseorang telah disahkan terkena sihir sama ada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka Islam ada beberapa peraturan untuk mengatasinya.
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah terkena sihir dalam kisah Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat aya-ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat tersebut sehingga ia menjadi penawar.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir boleh diubati dengan membaca ayat-ayat berikut:
1) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257 3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Setiap penyakit ada penyembuhnya dan sesungguhnya HANYA ALLAH yang Maha Penyembuh. Walau kita berusaha apa-apa cara sekalipun jangan lupa untuk mengislahkan diri dalam menjaga amalan yang wajib terhadap ALLAH serta menambahkan amalan-amalan sunat dan banyakka bergantung harap hanya kepada ALLAH.Dia MAHA BERKUASA sedangkan makhluk tiada apa-apa kuasa apa-apa dan daya upaya. Maka banyakkan berzikir kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله dan berdoa. Biarkan kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله itu masuk ke dalam hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment