Friday, December 20, 2013

Belajar Jadi Rakyat Marhaen Walaupun Sehari

serenemaklong.blogspot.com
Antara sifat terpuji dan indah pemimpin adalah mereka dan pembuat dasar cuba merasa cara hidup rakyat marhaen selama beberapa minggu atau paling kurang beberapa hari, keperitan menaiki bas, membayar tol, membeli secara beratur, berurusan sendiri di pejabat kerajaan dan beratur di bank, membayar tol duit sendiri, minyak dibayar duit sendiri dalam keadaan pendapatan yang kecil. Cuba menteri khaskan satu akaun dengan jumlah RM2,000 dalam akaun itu, dan buat apa yang disebut tadi guna wang itu sahaja sepanjang tempoh tersebut. Sewa rumah pangsa. Apabila itu mampu dilakukan, pemimpin akan lebih bijak dalam membuat keputusan besar bab pentadbiran dan kewangan negara serta mendahulukan rakyat. Jika itu mampu dilakukan, pemimpin bakal dipuji dan disanjung, jangan bimbang lagi bab undi. Percayalah. Selagi pemimpin hidup ala jutawan, selagi itu situasi rakyat akan dianggap terpisah dan terasing dan sukar difahami. Saya teringat melihat dokumentari King Bhumipol of Thailand yang sangat dikasihi oleh rakyatnya. (Cetusan Rasa Dr.Zaharuddin Abd Rahman)

No comments:

Post a Comment