Tuesday, December 3, 2013
Salahuddin Al Ayubbi Rahimahullah
serenemaklong.blogspot.com
Ketika Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak lain di jalanan.
Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari kumpulan kanak-kanak itu, menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya dan berkata, “Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”
Kemudian ayahnya melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.
Lantas ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?” Salahuddin menjawab: “Sakit..”
Ayahnya bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”
Salahuddin membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak dan meraung kesakitan.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment